• Home
  • >
  • Blog
  • >
  • Perbezaan Di Antara Kejurulatihan, Mentoring, Latihan, dan Kaunseling

Ini merupakan satu soalan yang pengurus-pengurus syarikat kerap tanya. Ramai terkeliru dengan istilah-istilah yang digunakan dan kurang pasti mana satukah pendekatan (atau kaedah) yang terbaik buat untuk kepimpinannya di tempat kerja.

Sama ada kejurulatihan, mentoring, latihan, ataupun kaunseling, ianya hanya berbeza dari segi gaya kepimpinan dan pendekatan yang digunakan. Namun, semuanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi seorang atau kumpulan. Walau bagaimanapun, manusia ini pelbagai ragam. Tiada satu pendekatan kepimpinan yang dikatakan terbaik sekali. Kita perlu menggunakan pendekatan atau gaya kepimpinan yang bersesuaian mengikut situasi yang kita sedang hadapi.

Ketahuilah mengapa kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional adalah berbeza.

Perbezaan Di Antara Kejurulatihan, Mentoring, Latihan, dan Kaunseling

Perbezaan-perbezaannya dirumuskan seperti yang berikut:

Kejurulatihan

Mentoring

Latihan

Kaunseling*

Matlamat

Meningkatkan prestasi tingkah laku untuk kejayaan kendiri dan profesional.

Membimbing dan menyokong perkembangan kendiri atau profesional.

Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.

Meningkatkan prestasi di bawah tahap piawai.

Hasil

Pencapaian matlamat

Pewarisan

Hasil pembelajaran

Peningkatan prestasi

Pendekatan

Bantu individu atau kumpulan menyedari dan menemui kemampuan diri serta memiliki rasa kepunyaan mencapai matlamat yang dihasratkan

Menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan, pengalaman, kebijaksanaan dan pemikiran, baik yang secara formal ataupun yang tersirat.

Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.

Menghadapi, membetulkan, dan memberi arahan perubahan sikap atau tingkah laku.

Bidang tumpuan

  • Fokus kepada matlamat pelatih (coachee).
  • Bantu pelatih menyedari dan menemui potensi tersirat dan mendorongnya melakukan perubahan tentang tingkah laku dan prestasi.
  • Fokus kepada matlamat kendiri / kerjaya mentee.
  • Tiada pelan pembelajaran yang khusus – boleh dilakukan secara formal dan tidak formal.
  • Bantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
  • Pembelajaran berdasarkan kurikulum pembelajaran yang telah ditetapkan.
  • Menguruskan pekerja yang prestasinya di bawah tahap piawai.
  • Dengar isu mereka, memberi maklum balas, dan mengendalikan ekspektasi (harapan) mereka secara telus dan jelas.

Perhubungan

Kerjasama

Nasihat

Ajar

Pengurusan

Corak komunikasi

  • Tanpa memberi arahan (non-directive).
  • Tanya soalan-soalan, dengar, dan memberi maklum balas.
  • Memberi dan juga tanpa memberi arahan.
  • Tanya soalan-soalan, dengar, dan memberi nasihat.
  • Lebih kepada memberi arahan daripada tanpa memberi arahan.
  • Menyampaikan maklumat, beri nasihat, dan tanya soalan-soalan.
  • Lebih kepada memberi arahan daripada tanpa memberi arahan.
  • Menyampaikan maklumat, beri nasihat, dan tanya soalan-soalan.

Orientasi masa

Kini dan masa depan

Kini dan masa depan

Kini

Masa lalu dan kini

Jangka masa

Singkat dan sederhana

Sederhana dan lama

Singkat

Singkat

* Terhad kepada pendekatan kaunseling yang bukan klinikal serta keperluan yang harus diadakan demi mempertingkatkan prestasi seseorang pekerja.

Sementara itu, klik di sini dan ketahui apakah sebenarnya kejurulatihan

Di tempat kerja, pengurus sering memakai ‘topi kepimpinan’ yang berbeza mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Jika anda seorang pengurus yang berkebolehan serta menguasai kedua-dua jenus gaya kepimpinan, yakni secara beri arahan (directive) dan tanpa beri arahan (non-directive), anda mempunyai kelebihan untuk memimpin, mempengaruhi, dan juga memberi inspirasi yang tinggi kepada anak-anak buah anda.

About the Author

Simon is the ICF-Professional Certified Coach (PCC), Certified Trainer, Facilitator, Coach Trainer, and Food Service Specialist. He specialises in business selling, leadership development, and coaching culture building.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>