Ini merupakan satu soalan yang pengurus-pengurus syarikat kerap tanya. Ramai terkeliru dengan istilah-istilah yang digunakan dan kurang pasti mana satukah pendekatan (atau kaedah) yang terbaik buat untuk kepimpinannya di tempat kerja.
Sama ada kejurulatihan, mentoring, latihan, ataupun kaunseling, ianya hanya berbeza dari segi gaya kepimpinan dan pendekatan yang digunakan. Namun, semuanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi seorang atau kumpulan. Walau bagaimanapun, manusia ini pelbagai ragam. Tiada satu pendekatan kepimpinan yang dikatakan terbaik sekali. Kita perlu menggunakan pendekatan atau gaya kepimpinan yang bersesuaian mengikut situasi yang kita sedang hadapi.
Ketahuilah mengapa kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional adalah berbeza.
Perbezaan Di Antara Kejurulatihan, Mentoring, Latihan, dan Kaunseling
Perbezaan-perbezaannya dirumuskan seperti yang berikut:
Kejurulatihan | Mentoring | Latihan | Kaunseling* | |
---|---|---|---|---|
Matlamat | Meningkatkan prestasi tingkah laku untuk kejayaan kendiri dan profesional. | Membimbing dan menyokong perkembangan kendiri atau profesional. | Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik. | Meningkatkan prestasi di bawah tahap piawai. |
Hasil | Pencapaian matlamat | Pewarisan | Hasil pembelajaran | Peningkatan prestasi |
Pendekatan | Bantu individu atau kumpulan menyedari dan menemui kemampuan diri serta memiliki rasa kepunyaan mencapai matlamat yang dihasratkan | Menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan, pengalaman, kebijaksanaan dan pemikiran, baik yang secara formal ataupun yang tersirat. | Menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik. | Menghadapi, membetulkan, dan memberi arahan perubahan sikap atau tingkah laku. |
Bidang tumpuan |
|
|
|
|
Perhubungan | Kerjasama | Nasihat | Ajar | Pengurusan |
Corak komunikasi |
|
|
|
|
Orientasi masa | Kini dan masa depan | Kini dan masa depan | Kini | Masa lalu, kini dan masa depan |
Jangka masa | Singkat dan sederhana | Sederhana dan lama | Singkat | Singkat |
* Terhad kepada pendekatan kaunseling yang bukan klinikal serta keperluan yang harus diadakan demi mempertingkatkan prestasi seseorang pekerja.
Ketahui apakah sebenarnya kejurulatihan.
Di tempat kerja, pengurus sering memakai 'topi kepimpinan' yang berbeza mengikut masa dan situasi yang dihadapinya. Jika anda seorang pengurus yang berkebolehan serta menguasai kedua-dua jenus gaya kepimpinan, yakni secara beri arahan (directive) dan tanpa beri arahan (non-directive), anda mempunyai kelebihan untuk memimpin, mempengaruhi, dan juga memberi inspirasi yang tinggi kepada anak-anak buah anda.